Minggu lepas minggu yang cukup sibuk bagi saya. Pada 4hb saya menjadi fasi di kursus HRMIS di Selesa Beach & Resort, Port Dickson sampailah 8hb Julai. Tapi pada pagi 4hb itu juga, saya perlu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Minggu ICT di Shah Alam. Letih dan memeningkan kepala, tapi saya rasa cukup terisi kehidupan ini.
Balik dari kursus sabtu 8hb, saya dan suami balik Cheras Baru rumah mak. Malamnya menonton AF4 beramai-ramai, adik-beradik di rumah Kak Lang. Meriah sungguh!
Saya juga berasa sungguh bertuah kerana dijemput untuk menghadiri Pot-Luck Party di rumah Puan Suzanna di Putrajaya. Party yang dibuat khas untuk mummies and babies. Ramai sungguh sahabat yang datang. Selama ini kita hanya berutus secara maya, tetapi pada hari itu kita semua dapat berkumpul. Terima kasih pada Zizie dan keluarga kerana melayan saya dan suami. Sesungguhya kami benar-benar terharu. Saya doakan moga Allah merahmati anda semua. Sekiranya ada kelapangan, sudi-sudikanlah sahabat semua datang ke teratak kami di Seremban nanti.