Hari nie, 15hb Julai... Planning hari nie nak ke Kenduri Kahwin anak puan Zakiah (Ummi), tetapi sebelum tu nak ke Tabung Haji dulu. Namun apa yang dirancang tak menjadi. Pertamanya, sesampainya ke Tabung Haji, tutup pulak!!! Pastu ok la, ingat nak teruskan gerak ke rumah puan Zakiah pulak, tapi separuh jalan, tersilap bawa kad kawen!!! Patah balik rumah cari kad tu, tak jumpa pulak... KAD DAH ILANG!!!!! Apa la ketentuan Allah hari nie...
Pastu untuk mengubat hati, teruskan pulak planning yang telah dibuat beberapa hari lepas.. gotong-royong bersihkan rumah. Masa amik mesin motong rumput, sepupu suami nak ikut membantu. Kemudian, masa tengah dok makan tengahari, ayah mertua yang baru balik dari membantu di rumah kenduri kawen pula menawarkan diri untuk membantu sama. Dan sebelum tu, keluarga Kak Lang menghantar SMS kata nak datang membantu sama. Wah!!! best nyerrr......
Terima kasih kepada Kak Lang dan Abg Lang, Atam, Ana dan anak-anak buahku, Ajoi, Ajai dan Ayeen... Terharu bila korang sanggup datang dari KL semata-mata untuk menbersihkan laman rumah Andak. Pada pak mertua dan sepupu suamiku Udin juga, terima kasih kerana bersama-sama membersihkan rumah. Minta maaf tiada apa yang mampu disediakan kecuali burger A&W jer... Sekali lagi terima kasih...