Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi membantu. Jasa dan keringat anda semua amat kami hargai. Kami sayang anda semua.
Insyallah, untuk sahabat semua, sama ada sahabat-sahabat FP, rakan-rakan sepejabat suami dan saya, rakan sepejabat lama saya di MECD serta ahli-ahli egroups suami dan saya... kami akan merangka satu majlis makan-makan (house warming) atau ala-ala pot-luck di kediaman kami nanti. Kami sedang mencari waktu yang sesuai dan lapang. Mungkin selepas penat pindah rumah hilang atau selepas genap 100 hari pemergian Alesha. Atau mungkin cuti hari Kemerdekaan nanti, tak pun paling tidak hari raya nanti la kut..... :-> :-D
Insyallah.... pasti saya dan suami akan menjemput anda semua.